ARIZTOTELES MUSIC


Band email marketing also visit us @ http://www.reverbnation.com/ariztoteles. TO VISITORS, please support our band in http://www.reverbnation.com/ariztoteles. Mark likes, become fans, and Play the music on the site. for this blog keep going,build friendship,and community

Amalan Black Metal Memesung Iktikad

Rabu, 27 Februari 2008

Jawaban: Kemunculan kumpulan musik Black Metal, juga anggotanya sebenarnya telah lama wujud, terutamanya di negara Barat. Begitu juga di negara kita ini. Ia menjadi tumpuan umum apabila didedahkan oleh media massa secara terbuka dan dianggap sebagai gejala buruk, biarpun ia dikatakan tidak mengancam kestabilan negara dan masih di peringkat tidak merbahaya.

Tidak diketahui secara khusus punca dari mana muzik Black Metal itu bermula, tetapi dikatakan dari negara Scandinavia, seperti Finland, Sweden dan ia mempunyai pengikut ataupun kumpulannya sendiri.

Terdapat banyak nama yang berbeza bagi kumpulan ini seperti Therion, Dark Throne dan sebagainya, di mana nama-nama ini tidak asing bagi peminat- peminat muzik berkenaan. Liriknya lebih menumpukan kepada antiagama, antiketuhanan dan pemujaan terhadap alam ghaib iaitu syaitan.

Mereka ini menjadi idola peminat muzik tempatan yang disalurkan melalui pita video atau cakera padat yang diimport. Akibat taburan album kumpulan ini yang begitu mudah diperolehi, mereka meniru dan melakukan perbuatan yang sama yang juga akhirnya membentuk dan mengumpul pengikut-pengikutnya, yang terdiri daripada golongan remaja. Dari sinilah lahirnya kumpulan- kumpulan tertentu seperti kumpulan Black Alert, Hip-Hop, Nazi, Skin, Punk, King of Union Murkies Manzine dan sebagainya.

Kumpulan dari Barat ini mengadakan konsert secara tertutup. Anggota kumpulan menyapu muka dengan warna putih dan menghitamkan bahagian mata dan mulut dengan memakai aksesori tajam di leher, di lengan, membawa tengkorak binatang dan lilin sebelum persembahan dimulakan. Mereka juga mengucapkan mantera atau ungkapan-ungkapan tertentu, seperti mantera pemujaan untuk menaikkan semangat mereka yang hadir di samping untuk menghayati irama juga lirik lagu yang didendangkan.

Persembahan muzik Black Metal di luar negara disertai dengan upacara membakar kitab Injil di samping menyimbah air berwarna merah. Lebih teruk daripada itu, ada di antara mereka bertindak ganas dengan membunuh binatang untuk dikorbankan sebelum konsert dimulakan.

Ahli kumpulan Black Metal tempatan sebahagian daripadanya berpakaian serba hitam sebagai identiti kumpulan, lengkap dengan aksesori seperti gelang, rantai dan sarung tangan. Memakai rantai leher, rantai tangan, terutamanya ketika menghadiri konsert gig. Ada kumpulan yang memakai lambang pentagram, ataupun bintang bucu lima, ataupun logo bulat di tengah- tengahnya terdapat huruf Y terbalik dengan hiasan empat lambang salib.

Pertukaran maklumat di antara ahli kumpulan dilakukan melalui majalah yang memuatkan maklumat mengenai persembahan gig, keterangan mengenai album terkini serta berita semasa tentang kumpulan Black Metal di luar dan dalam negeri. Ruangan untuk mencari kenalan baru atau bertukar-tukar album boleh diperolehi dari majalah yang dikenali sebagai Fanzine. Kerana itulah aliran muzik yang mempunyai lirik dan aliran seperti ini terus menerus hidup di kalangan remaja tempatan, terutamanya oleh mereka yang terpengaruh dengan muzik Barat.

Selain hubungan ini, terdapat rangkaian antara peminat Black Metal tempatan dengan peminat negara jiran. Mereka juga mengadakan perjumpaan di tempat-tempat tertentu untuk bertukar-tukar maklumat, menghubungkan ikatan antara satu sama lain. Kegiatan ini menyebabkan pengaruh Black Metal terus wujud seumpama api dalam sekam.

Menurut laporan sebuah akhbar harian baru-baru ini, bahawa pengikut kumpulan ini mempengaruhi pelajar menyertai kumpulan mereka kononnya bertujuan membenci agama Kristian. Untuk membuktikannya, pengikut diminta memakai salib terbalik. Ahli lama dikehendaki memijak al-Quran, minum darah kambing hitam, memuja syaitan di tempat sunyi dan terbabit dalam pesta seks. Adalah dipercayai kumpulan itu di peringkat tinggi dibiayai oleh pihak-pihak tertentu dari luar negara. Sesetengah ketua kumpulan di peringkat rendah diberi wang saku sebanyak RM500.

Berdasarkan keterangan di atas ternyata bahawa aktiviti ini adalah merupakan satu kegiatan yang terancang untuk memesungkan iktikad seseorang, terutamanya golongan remaja, melalui hiburan muzik, yang terangkum di dalamnya seni kata memuja syaitan (alam ghaib).

Mesej yang diserapkan ialah antiketuhanan atau agama ataupun menolak kewujudan Tuhan, yang juga mengamalkan seks rambang dan keganasan. Jelasnya, tujuan utama kegiatan ini ialah untuk memesungkan iktikad seseorang, melalui naluri nafsu diri, iaitu keseronokan hiburan muzik dan mengambilkan seks rambang. Amalan ini boleh memesungkan iktikad seseorang yang boleh menyebabkan berlakunya riddah.

Seseorang itu boleh terkeluar daripada agama Islam yang dianuti, dengan salah satu daripada tiga sebab:

  1. Niat: berniat atau bercita-cita ingin keluar dari Islam (menjadi kafir), sepe rti berniat menjadi Kristian, biarpun niat itu dikaitkan dengan masa tertentu, seperti esok hari, bulan depan dan sebagainya, ataupun niat keluar Islam disandarkan kepada sesuatu, seperti seseorang yang mengancam keluar Islam kalau apa yang dituntut tidak dipenuhi.

Begitu juga dengan orang yang menemui pegawai-pegawai tertentu meminta nasihat dengan menyatakan niatnya hendak keluar Islam.

  1. Perkataan: Menyebut dengan sengaja perkataan-perkataan yang bertentangan dengan hukum-hukum Islam, sama ada berkaitan dengan ibadah, tauhid dan sebagainya. Perkataan tersebut hendaklah jelas, boleh ditafsirkan sebagai perkataan yang boleh menyebabkan seseorang itu murtad, seperti mengatakan Allah itu berjasad. Begitu juga dengan orang yang menafikan adanya Allah, menafi Allah itu pencipta alam, menafikan kerasulan 25 orang rasul yang wajib diketahui dan mendustakan risalah rasul-rasul.

Murtad boleh terjadi jika seseorang itu menghalalkan sesuatu yang diharamkan seperti arak, zina dan lain-lainnya, ataupun sebaliknya, iaitu mengharamkaan sesuatu yang halal seperti berjual beli yang nyata, kahwin dan sebagainya.

  1. Perbuatan: Orang yang sujud kepada berhala, matahari, bulan dan sebagainya dihukum murtad. Begitu juga jika seseorang itu rukuk kepada selain daripada Allah dengan niat membesarkan objek tersebut sama seperti membesarkan Allah.

Ada beberapa mesej, apabila dia pakaikan ia akan memperlihatkan bukti yang menyebabkan seseorang itu murtad, iaitu memuja syaitan yang diluahkan berulang-kali menurut runtunan muzik, antiketuhanan, agama atau pun menolak kewujudan Tuhan.

Untuk membangkitkan ransangan kaum remaja menyertai kumpulan ini, muzik Black Metal dijadikan teras lalu diiringi dengan amalan seks rambang yang memangnya menjadi buruan mereka yang tidak mempunyai pegangan hidup.

Faktor menyebabkan seseorang itu terlibat dengan kegiatan seperti ini mungkin berbeza, walaupun demikian ia boleh dibahagikan kepada dua punca utama, iaitu faktor dalaman dan luaran. Faktor dalaman, ialah kerana tidak adanya pemahaman agama. Seseorang yang memahami agama, yang tahu bahawa murtad adalah terkeluar daripada Islam dan tempatnya kekal di neraka, biar betapa jahat dan rakus kehidupannya, sama ada ia seorang penyamun, pelacur, penjenayah tidak akan melakukan perbuatan yang menyebabkan murtad, seperti antiTuhan dan memuja syaitan.

Seseorang Islam, biar betapa banyak dosa dilakukan, dia akhirnya akan dimasukkan dalam syurga, iaitu setelah dibalas kejahatannya di neraka. Hal ini berbeza dengan orang yang murtad, yang akan kekal di neraka selama- lamanya.

Mereka yang tidak mempunyai didikan agama selalunya lahir daripada keluarga yang tidak menghargai agama, hasil akibat tidak dididik dengan agama. Keadaan seperti memilih darjat seseorang sama ada seseorang itu ternama, terpelajar atau miskin. Hal demikian menyebabkan ikatan kekeluargaan longgar, lebih-lebih lagi mereka yang lahir daripada rumah tangga yang porak poranda.

Latar belakang seperti ini menyebabkan anak-anak terasa hidup dalam rumah seumpama kosong, tanpa kasih sayang juga pengawasan. Untuk memenuhi kekosongan tadi, anak-anak ini keluar menemui peer group, lalu akhirnya mereka terpengaruh oleh teman-teman tadi.

Sesetengah daripada mereka yang terlibat tidak memahami langsung tentang kegiatan dilakukan itu boleh memesungkan iktikad, iaitu murtad. Mereka melibatkan diri semata-mata kerana berseronok. Jiwa mereka sesuai dengan aliran muzik ganas dan keras.

Sesetengah remaja hidup tidak ubah seumpama buih di air bah ataupun daun- daun lalang. Begitu mudah terpengaruh dengan budaya luar. Kerana itu apabila wujud kumpulan-kumpulan tertentu yang berusaha memesongkan kepercayaan mereka, mereka mudah terperangkap. Lebih-lebih lagi dengan adanya sogokan seks bebas, habuan wang ringgit dan kumpulan yang dianggotai yang menjadi kebanggaan. Kegiatan kumpulan ini terus menerus menular melalui risalah-risalah juga cakera padat yang mudah didapati.

Kegiatan ini adalah merupakan langkah pemesungan iktikad yang disalurkan melalui muzik. Kalaulah najis dadah berupaya memusnahkan ketahanan fizikal individu, kegiatan muzik Black Metal pula menyebabkan pemesungan iktikad. Gejala-gejala ini sudah lebih daripada cukup untuk memusnahkan sesuatu umat kalau tidak segera ditangani

Dikutip dari www. Tutor.com.my Portal Pendidikan Utusan 2001-2007 © Hak Cipta Terpelihara
UTUSAN MELAYU (M) BERHAD, KUALA LUMPUR

0 komentar: